FACIAL MICRODERMABRASION MEMBANTU MENCERAHKAN KULIT & TONA SEKATA

KULIT CERAH BERSERI DENGAN FACIAL MICRODERMABRASION SEJURUS SELEPAS 1 KALI RAWATAN SAHAJA




MICRODERMABRASION (Diamond Peeling)

Istilah skin rejuvenation atau proses peremajaan kulit, bertujuan untuk mendapatkan kulit sihat, segar dan nampak cantik. Pelbagai kaedah tersedia pada masa ini untuk mendapatkan kulit idaman semua orang, bermula dari penggunaan krim-krim malam, chemical peeling, Microdermabrasion, sehinggalah kaedah tercanggih iaitu laser rejuvenation.

    Microdermabrasion adalah salah satu kaedah peremajaan kulit secara fizikal yang sangat sering dilakukan. Proses lelasan/sedutan dilakukan pada bahagian kulit paling luar dengan menggunakan bahan bertekstur atau kristal yang disapu secara lembut di atas permukaan kulit. Tujuan mikrodermabrasi adalah membuang lapisan kulit mati, mendedahkan kulit baru sehingga kulit tampak lebih cerah dan lembut. Berbeza dengan pelbagai kaedah peremajaan kulit lain, Microdermabrasion secara aman dilakukan dengan selang lebih singkat, iaitu 1-2 minggu sekali.

    Microdermabrasion adalah teknik terkini dengan memberikan hasil yang sangat memuaskan. Teknik ini berguna untuk memperbaiki dan memperbaharui lapisan atas epidermis dengan menghasilkan kulit  baru yang lebih muda, berseri, licin dan sihat.

    Dengan hanya 20 minit sesi rawatan mampu menyelesaikan masalah kulit anda dan sekaligus membuatkan wajah anda akan kelihatan cantik dan berseri. Rawatan yang menggunakan sistem Microdermabrasion ini mampu menanggalkan segala sel-sel mati dan membaikpulih struktur liang roma agar wajah anda nampak lebih sihat berbanding sebelum mendapatkan rawatan.





HUBUNGI KAMI



Microdermabrasion telah dipakai secara meluas untuk mengatasi pelbagai jenis kerisauan pada kulit seperti :

🌷Mengecilkan pori yang ketara sehingga kulit akan menjadi lebih halus.

🌷Mengurangi kadar minyak berlebihan pada kulit.

🌷Menghilangkan luka bekas jerawat, mencegah pembentukan kembali jerawat.

🌷Menghilangkan selulit (countour strech mark).

🌷Mengurangi atau bahkan menghilangkan keriput, kerutan kulit halus, flek coklat, serta belang keputihan pada kulit.

🌷Regenerasi jaringan kolagen.

🌷Mengangkat sel kulit mati, membersihkan dan memperhalus tekstur kulit.


PERUBAHAN KULIT YANG BERLAKU

  • Lapisan kulit epidermis (lapisan kulit paling luar) dan dermis menjadi lebih tebal.
  • Proses pengelupasan kulit epidermis pada akhirnya akan mencetus pertumbuhan kulit baru lebih optimum sehingga menjadi lebih tebal secara keseluruhan.
  • Kulit akan menjadi lebih cerah dari pembentukkan baru kolagen dan elastin.
  • Penggunaan rutin dapat memperbaiki tekstur kerut halus, melicinkan dan mengecilkan liang roma.
  • Kulit akan menjadi lebih cerah oleh kerana kemerosotan zat melanin (pigmen) pada lapisan kulit.
  • Peningkatan kadar ceramid (pelembap alami kulit) walaupun pada 1-2 hari pertama kulit terasa kering, tapi hasil akhir yang diperolehi adalah kulit yang lebih lembap pada 1-2 rawatan pertama.




HUBUNGI KAMI




KELEBIHAN MICRODERMABRASION

  • Mengurangkan pigmentasi.
  • Mengurangkan kesan kedutan.
  • Mengurangkan garis-garis halus.
  • Mengurangkan liang-liang roma yang besar.
  • Merawat parut jerawat. 


MICRODERMABRASION SESUAI KEPADA MEREKA YANG MEMILIKI: 

❌ Keriput halus
❌ Garis penuaan pada kulit
❌ Tekstur kulit yang tidak merata
❌ Kulit terbakar matahari
❌ Masalah jerawat dan memiliki banyak bekas luka jerawat


JENIS-JENIS ALATAN YANG DIGUNAKAN

Terdapat 3 jenis alat untuk rawatan mikrodermabrasi. Perbezaan terletak pada bahan/alat yang digunakan untuk menyedut lapisan sel kulit mati pada bahagian luar kulit.

1. Kristal Aluminium
2. Diamond Tip
3. Geometric Matrix Point (GMP)

Pada hujung alat ini, terdapat satu alat kecil berupa metalic rim, menyerupai logam bertekstur dengan kekasaran yang merata, sehingga mampu mengabrasi kulit secara berkesan. Alat kecil ini disebut GMP Tip yang pakai buang, jadi satu pesakit akan menggunakan satu tip baru, sehingga tidak ada risiko penularan penyakit. Selain itu pada alat mikrodermabrasi ini, terdapat LED (light emitting diode) yang dipercayai akan merangsang sel untuk membentuk serat kolagen dan elastin baru sehingga menguatkan kesan peremajaan kulit yang diharapkan. Selain itu, LED juga mempunyai kesan membunuh bakteria.



SIAPAKAN YANG SESUAI MENDAPATKAN RAWATAN INI?

  • Mereka yang mempunyai masalah garis atau kedut muka yang halus
  • Mereka yang mengalami masalah bintik-bintik penuaan, masalah sunburn, pigmentasi dan tona tidak sekata
  • Mereka yang mengalami masalah kulit kusam
  • Mereka yang mempunyai masalah pori-pori terbuka dan tersumbat
  • Mereka yang mempunyai jerawat, white head, dan black head


HUBUNGI KAMI







TESTIMONI


"Saya memang seorang wanita yang dilahirkan dengan kulit sensitif. Makin saya berusia, jeragat mula bertambah. Mula-mula saya buat tak tahu je, tapi bila kawan kerap tegur pasal muka saya yang nampak makin banyak pigmen ni, saya makin cuak... Dah lah muka berjeragat, kulit pula kusam dan pucat. Saya memang tak confident. Kawan cakap saya nampak macam orang sakit. Sejak tu, saya mula cari rawatan yang boleh menghilangkan jeragat dengan cepat di Facebook Marissa Aesthetic. Saya dan kawan pun datang ke Marissa Aesthetic untuk tahu lebih detail lagi pasal rawatan jeragat ni."

CIK SUHAILA, 25 TAHUN



TUNGGU APA LAGI, TEMPAH SLOT SEKARANG!!!


HUBUNGI KAMI





Comments

Popular Posts

RAWATAN LASER BULU ROMA MEMATIKAN AKAR RAMBUT KASAR

TENTANG MARISSA AESTHETIC