RAWATAN LASER LIPOLISIS MEMBUANG LEMAK TERKUMPUL
MILIKI TUBUH BADAN IDAMAN DENGAN TEKNIK LASERLIPOSIS MARISSA
KELEBIHAN LASERLIPOLISIS
π Melangsingkan bentuk badan
π Menyingkirkan lemak di bahagian tertentu
π Menegangkan dan melicinkan kulit
π Kesan serta merta
π Hasil yang baik dan berkualiti
π Doktor pakar yang berpengalaman
BAGAIMANA LASERLIPOLISIS BERFUNGSI?
Laser merupakan satu jalur cahaya dengan jarak gelombang yang tertentu. Jarak gelombang ini membolehkan pancaran laser menembusi sel-sel lemak dan menukarkannya menjadi cair. Tenaga laser yang kuat bertindak dengan sangat selektif. Ia hanya memecah lemak tanpa mengganggu sel-sel lain dan selamat digunakan.
Justeru ia selamat diguakan. Selain memecah lemak, kaedah ini akan menyebabkan pengecutan dalam jalinan kolagen. Ini menjadikan kulit ketat dan tegang semula.
Penggunaan laser seperti ini adalah selamat, cepat dan hasilnya dapat dilihat dalam jangkamasa yang singkat. Perubahan pada wajah menjadi lebih ketara selepas seminggu. Selepas sebulan wajah menunjukkan perubahan yang menakjubkan.
Dalam tempoh tiga hingga lima bulan pula seseorang kelihatan lebih muda dan berseri-seri. Proses tiga hingga lima bulan ini dinamakan remodeling. Melalui kaedah ini, sistem kulit secara semula jadi akan beransur-ansur menjadi lebih muda. Kandungan kolagen semula jadi akan bertambah kerana stimulasi laser ini.
HUBUNGI KAMI
Fungsi sel lemak untuk menyimpan bahan kimia yang dinamakan lipid yang menyediakan tenaga untuk tubuh. Tenaga ini berasal dari makanan yang anda makan. Tenaga ini disimpan sebagai lemak. Sebenarnya lemak secara terus menerus dimasukkan ke dalam dan dibawa keluar dari setiap sel lemak. Kegemukkan juga boleh terjadi apabila proses mengeluarkan lemak dari sel lemak terganggu seperti ketidak seimbang hormon badan.
Kulit bukan saja menjadi penutup untuk badan kita, tetapi ia adalah organ terbesar pada tubuh badan. Fungsi kulit adalah banyak, diantaranya menghalang kita menjadi dehidrasi, menghalang organisma memasuki badan kita dan pelindung kepada cahaya ultraviolet matahari. Hypodermis ialah di mana 50% dari jumlah kesemua lemak badan tersimpan. Fungsi lemak di hypodermis adalah sebagai penebat, insulasi dan penyimpan tenaga. Secara dasarnya, lemak disimpan di tubuh dalam bentuk yang utama. Pertama adalah bentuk GYNOID. Ia merujuk kepada pengumpulan lemak di bahagian bawah badan, pinggul, peha dan punggung serta memberi bentuk "pear". Bentuk kedua adalah "android" dimana lemak lebih cenderung berkumpul di bahagian atas badan dan memberi bentuk "apple".
Peratusan lemak di dalam tubuh berubah ubah dan dipengaruhi oleh hormon seperti insulin, estrogen dan testoterone. Apa yang anda perlu tahu bahawa, apabila anda mencapai akil baligh, jumlah sel lemak dalam badan akan tetap dan tidak bertambah KECUALI jika anda menjadi tersangat gemuk. Selepas akil baligh, sel lemak hanya akan bertambah jika berat badan anda menjadi 200% daripada berat badan ideal anda.
Namun begitu, jika anda telah menjaga makanan dan memakan dengan sihat dan betul, telah memperbetulkan hormon dan telah bersenam tetapi masih juga terdapat lapisan lemak di bahagian perut, "saddleback", dada, lengan atau peha. Liposuction boleh membantu menyelesaikan masalah anda.
Kini terdapat pelbagai kaedah liposuction yang selamat seperti Laser Liposuction, Power Assisted Liposuction, Vaser Liposuction, Body Jet Liposuction dan sebagainya. Setiap satu prosedur mempunyai kelebihan tersendiri. Namun begitu, yang paling penting adalah kemahiran dan pengalaman doktor yang menentukan keberkesanannya.
Di Marissa Aesthetic, doktor kami adalah berpengalaman dan terlatih untuk melakukan rawatan menggunakan kaedah liposuction.
PUNCA MASALAH
- Tenaga yang tidak seimbang di dalam badan
- Gaya hidup yang kurang aktif
- Genetik dan faktor keluarga
- Ubat-ubatan
- Merokok
- Faktor kesihatan
Adakah Anda Tahu Apa Itu Laser Lipolisis?
Laser lipolisis adalah sejenis pembedahan kosmetik. Ia menggunakan tenaga laser untuk mengubah bentuk dan rupa badan anda. Terdapat jenis lipolisis lain yang melibatkan suntikan atau rawatan gelombang radio, tetapi lipolisis laser adalah teknik yang paling biasa.
Lipolysis menyasarkan deposit lemak yang lebih kecil pada bahagian-bahagian tertentu badan. Anda mungkin calon yang baik jika anda mempunyai tisu berlemak pada perut, pinggul, paha, atau punggung yang anda ingin sembuh. Prosedur ini biasanya tidak disyorkan untuk orang yang gemuk.
Lipolisis menggunakan laser untuk memecahkan sel-sel lemak, mengurangkan jumlah tisu lemak. Proses ini juga dikatakan untuk mengencangkan kulit di kawasan di mana rawatan itu digunakan. Anda mungkin mendapati kulit anda lebih licin dan lebih ketat berbanding sebelum ini.
Secara keseluruhan, lipolysis menawarkan manfaat yang sama kepada prosedur penyingkiran lemak lain. Laser yang digunakan dalam prosedur ini adalah selamat untuk kegunaan klinikal dan tidak menimbulkan risiko besar membakar kulit anda. Terdapat sedikit risiko jangkitan ke kawasan yang dirawat, dan parut adalah minimum.
Tetapi ia mempunyai beberapa kelebihan terhadap pembedahan kosmetik seperti liposuction. Lipolysis boleh dilakukan di pejabat doktor anda. Terdapat juga tempoh pemulihan yang lebih pendek. Anda biasanya boleh meneruskan aktiviti normal anda dalam masa beberapa hari. Sebagai perbandingan, liposuction biasanya datang dengan tempoh pemulihan beberapa minggu.
Mesin yang digunakan untuk mengeluarkan lemak dari tubuh
Tabung lemak yang digunakan untuk menyimpan lemak yang telah dikeluarkan dari tubuh
HUBUNGI KAMI
KELEBIHAN LASER LIPOLISIS
- Tidak menyakitkan
- Tidak perlu masuk ke hospital untuk menjalani rawatan
- Hasil yang baik
- Tiada parut yang merosakkan kulit
- Boleh pergi bekerja seperti biasa sejurus menjalani rawatan
- Satu rawatan sahaja sudah berkesan, tidak perlu berkali-kali melakukannya
- Selepas rawatan tiada kesan bengkak yang ketara
BAHAGIAN YANG BOLEH DIRAWAT MELALUI RAWATAN LASER LIPOLISIS
Wajah | Lengan | Perut | Kaki | Paha | Leher
Testimoni Laserlipolisis
Fatin Amirah, 26 Tahun
"Pada mulanya saya hilang keyakinan untuk berhadapan dengan orang disebabkan badan saya yang besar ni. Saya dah cuba macam-macam produk untuk untuk kurus kan badan saya ni. Tapi tak berkesan lansung dan saya kekadang terasa putus asa jugak la. Tetapi selepas saya terbaca di Facebook Page Marissa Aesthatic boleh atasi masalah saya ni. Pada mulanya, saya macam ragu-ragu, tetapi selepas saya datang dan buat rawatan di Marissa. Saya rasa macam tak percaya badan saya dah kurus daripada 83 sehingga 60 kg berat badan saya berkurangan. saya sanggat puas hati buat rawatan dengan Marissa Aesthetic .Terima Kasih kepada Marissa Aeshtatic."










Comments
Post a Comment