RAWATAN PLATELET-RICH PLASMA (PRP) MENGHILANGKAN LEKUK DI WAJAH


 Tampil Remaja Seperti Awal 20-an 

 Dengan Rawatan Rejuvenasi Kulit PRP 





APAKAH MANFAAT PRP?


  • Rejuvenasi kulit  Kaedah PRP mengembalikan semula keremajaan kulit seseorang. PRP digunakan bagi rejuvenasi kulit muka dan badan. Sebulan selepas suntikan PRP kulit akan lebih segar dan tampak lebih anjal berbanding sebelumnya. Kaedah ini sesuai bagi mereka yang berusia 40 tahun ke atas kerana pada peringkat ini, kulit mula mengalami kesan penuaan. Hormon yang berkurangan turut memburukkan keadaan menyebabkan seseorang tampak tua dan kaedah PRP mengembalikan semula keremajaan kulit seseorang.

  • Mengurangkan Parut – Bagi yang mempunyai parut terutamanya parut jerawat pada muka, kaedah ini adalah baik sekali. Kebiasaannya doktor akan menggabungkan rawatan PRP dengan kaedah laser yang boleh membantu mendapatkan kesan maksimum. Pada mulanya wajah dibersihkan dan dipancarkan dengan laser. Selepas itu PRP dimasukkan ke bawah kulit. Keseluruhan prosedur akan mengambil masa 40 minit. Dalam tempoh 3 minggu barulah kita akan dapat merasa perubahan yang ketara.

  • Menghilangkan Pigmentasi – Melanin yang banyak dan berkelompok menyebabkan kulit tampak hitam dan kusam. PRP membantu menstabilkan aktiviti melanocyte. Pigmentasi adalah cabaran terbesar bagi doktor dan pakar kecantikan. Pigmentasi terhasil disebabkan oleh gangguan pada sistem melanocyte kulit kita. Apabila melanocyte menjadi aktif ia mengeluarkan banyak pigmen yang dinamakan melanin. Ia membuatkan masalah pigmentasi menjadi terkawal.

  • Garis dan lekuk pada wajah – PRP akan diaktifkan dengan campuran kalsium sehingga berubah bentuk menjadi filler semulajadi. PRP bertindak sebagai natural filler yang berupaya mengisi ruang pada garis dan lekuk di wajah kita. Penuaan membuatkan garisan pada wajah menjadi ketara. Garis-garis ini akan membuatkan wajah tampak murung. Untuk itu PRP akan diaktifkan dengan campuran kalsium sehingga berubah bentuk menjadi filler semulajadi. Filler bererti bahan atau matrik kulit yang mengisi wajah. 

  • Alopecia – Kepala botak yang berkait rapat dengan faktor usia dan juga hormon pada badanSeseorang yang mengalami alopecia sukar sembuh disebabkan hormon dan faktor-faktor pertumbuhan yang kurang. Kehadiran PRP membuatkan rambut mula tumbuh kembali.

  • Ulser Diabetes - Apabila seseorang mengidap kencing manis atau diabetes, dia akan mudah mendapat luka dan luka yang terjadi juga lambat sembuh. Ini kerana pada sel-sel terdapat kurang faktor rangsangan sel endotelium yang mustahak bagi merangsang penyembuhan luka. Oleh kerana pesakit kencing manis mempunyai kadar gula yang tinggi di dalam tubuhnya, maka kuman juga mudah menyerang. Apabila terkena jangkitan kuman maka luka makin menjadi teruk. Antibiotik sangat mustahak bagi membunuh kuman dan pembersihan setiap hari perlu dibuat. Laser boleh digunakan untuk membunuh kuman di dalam luka. Apabila kuman sudah mati, luka tidak akan berbau lagi dan PRP boleh digunakan bagi merangsang penyembuhan.







Apa itu Platelet-Rich Plasma (PRP)?

Platelet-Rich Plasma (PRP),  adalah rawatan yang menggunakan plasma daripada darah anda untuk membantu merangsang pertumbuhan semula sel kulit di kawasan yang digunakan. PRP adalah selamat digunakan dan sangat sesuai  bagi pesakit yang ingin mencuba alternatif selain pembedahan. Rawatan PRP adalah kaeadah secara semulajadi dan menjanjikan hasil yang sangat menakjubkan.





HUBUNGI KAMI













SIAPAKAH YANG PATUT DAPATKAN RAWATAN INI?

✔ Mempunyai masalah pigmentasi
✔ Memiliki kulit yang rosak
✔ Kulit wajah kusam
✔ Merawat kulit daripada penuaan

Hasil rawatan ini, kita akan boleh lihat wajah menjadi lebih lembut dan tegang.



KELEBIHAN RAWATAN PRP DI MARISSA

  • Rawatan dilakukan oleh konsultan berpengalaman
  • Prosedur mengambil masa yang singkat sahaja
  • Rawatan tidak menyakitkan dan tiada "downtime"






TESTIMONI DARIPADA MEREKA YANG TELAH BERPUAS HATI



"Walaupun umur saya baru mencecah 23 tahun tapi saya ada masalah kulit yang kelihatan kusam. Telah banyak skincare yang saya  cuba tapi masih tak berjaya, ramai kawan tegur wajah saya kusam dan tak berseri. Selain daripada masalah parut jerawat, saya juga ada masalah pigmentasi dan tona tak sekata pada wajah saya. Saya gunakan platform google untuk buat “research” macamana nak selesaikan masalah kulit saya ni, saya sangat tertarik dengan rawatan PRP di Marissa Estetik, selain daripada pusat estetik yang mempunyai kredibiliti selama 15tahun, layanan konsultan yang sangat profesional sangat menarik hati saya untuk mencuba rawatan ini. Tak sangka kini kulit yang dulu macam kertas pasir dah mulus persis kulit bayi!"


CIK SALWANI


__________________________________________________________________________________









HUBUNGI KAMI




 

Comments

Popular Posts

RAWATAN LASER BULU ROMA MEMATIKAN AKAR RAMBUT KASAR

TENTANG MARISSA AESTHETIC