PENGALAMAN RAWATAN FACIAL DI MARISSA AESTHETIC
TAHUKAH ANDA KULIT BOLEH KELIHATAN TUA DARI USIA SEBENAR?
Cerita salah seorang pelanggan kami membuat rawatan "Facial Laser RF"
Bercerita mengenai penjagaan wajah ni memang tak akan cukup. Ramai yang bertanya, apa produk yang Rose pakai, macam mana penjagaan kecantikan Rose. Rose memang maintain dengan produk yang Rose pakai dan setiap bulan Rose juga mewajibkan wajah untuk manjakan di tempat Marissa Aesthetic. Kenapa Rose memilih Marissa Aesthetic?
Sebab Marissa Aesthetic menggunakan rawatan yang berlandaskan terma medikal. Analisis wajah, rawatan yang diberikan, peralatan yang digunakan juga semuanya terkawal dengan baik, di bawah terma MEDIKAL. Tak ada lah main buat je rawatan, takut muka rosak pulak nanti.
Ni wajah Rose sebelum memulakan rawatan. Untuk rawatan wajah bulan ni, Rose berkunjung ke Marissa Aesthetic Kuching. Ini pertama kali Rose berkunjung ke sini. Rose ingin membuat rawatan Microdermabrasion Facial.
Microdermabrasion adalah salah satu kaedah peremajaan kulit secara fizikal yang sangat sering dilakukan. Semasa prosedur ini dilakukan proses sedutan bahagian kulit paling luar dengan menggunakan bahan bertekstur atau kristal yang disapu secara lembut di atas permukaan kulit. Tujuan microdermabrasion adalah membuang lapisan kulit mati, mengekspos kulit baru sehingga kulit tampak lebih cerah dan lembut.
Rawatan ni khas untuk menghapuskan sel kulit mati, membersihkan dan memperhalus tekstur kulit. Selepas itu, kulit anda akan terlihat lebih halus, bersih, cerah dan warna kulit yang lebih rata. Haa lepas rawatan ni memang boleh nampak sangat muka Rose dari kusam dan tak bermaya masa sampai, dah kelihatan segar.

Apabila Rose melangkah masuk ke Marissa Aesthetic, Rose disambut dengan mesra dan layanan yang baik oleh staff mereka sementara Rose menunggu dan isi borang. Seronok rasanya!

Tidak lama kemudian, Rose dipanggil masuk ke bilik konsultasi untuk analisis wajah. Yang mesin besar tu untuk kita letak muka kita, lepas tu wajah kita akan di-scan secara mendalam.
Wajah yang dah di-scan menggunakan mesin khas itu tadi kemudiannya akan terpapar di skrin komputer dan analisa bermula. Dari kondisi luaran hingga ke dalaman, pelanggan akan diberi keterangan satu persatu hingga kita faham apa masalah sebenar wajah kita. Sama ada terlalu berminyak ke, kering sangat ke, banyak pori ke, dan pelanggan juga akan dinasihatkan untuk menggunakan produk yang sesuai.
Banyak jugak orang yang menghadapi masalah kulit di luar sana sebenarnya yang salah pakai produk, ataupun produk tu tak sesuai dengan kulit korang. Sebab tu tak boleh beli produk sesuka hati dan main pakai je takut produk tu tak sesuai dengan kulit kita. Kita kena tahu kondisi sebenar wajah, lepas tu pakai produk yang betul dan sesuai, jangan kita tengok orang tu pakai produk tu, pastu kita pun beli.
Lepas sesi konsultasi dan scan wajah, Rose dibawa ke bilik rawatan. Memang selesa dan bersih bilik-bilik rawatan di Marissa Aesthetic ni. Tenang je rasa haha!
Okay, sekarang Rose listkan rawatan Facial di Marissa Aesthetic step by step.
- First sekali, terapis akan sapukan "Frim & Clear Facial Soap" pada wajah anda. Ia memudahkan gejala masalah kulit seperti jerawat, menghilangkan bintik hitam serta kulit kering.
- Kedua, "Apple Stem Cell Soap". Apple Stem Cell berkesan menjadikan seseorang individu itu kembali merasai nikmat keremajaan dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit dan membaiki lapisan luar kulit selain membentuk pigmen kulit.
- Ketiga, "Spray Nano Silver" boleh digunakan untuk pelbagai produk kesihatan lain, dapat memusnahkan virus, bakteria, radikal bebas. Ia juga boleh digunakan sebagai pelembap muka sebelum memulakan makeup.
- Kemudiannya "Steam Muka" untuk menyingkirkan kotoran yang ada dan pori-pori pada muka. Bukan hanya menyingkirkan kotoran, steaming yang berkhasiat melancarkan peredaran darah juga boleh mengatasi masalah jerawat yang ada.
- Seterusnya, haa akan buat "Sedutan Mikrodermabrasion" untuk peremajaan kulit, bertujuan untuk mendapatkan kulit sihat, segar dan nampak cantik.
- "Scrub Aloe Vera & Pore Makeover" yang sangat sesuai untuk kulit yang bermasalah seperti jerawat, parut, pigmentasi, bintik-bintik hitam, whitehead, blackhead dan liang pori terbuka. Rumusannya yang berasaskan ekstrak aloe vera bertindak untuk memberikan lembapan pada kulit wajah sambil mengawal kulit daripada berminyak dan berjerawat.
- "Skin Repair" mengandungi vitamin dan mineral semulajadi untuk kulit kita, dapat mencerahkan dan melembapkan kulit. Boleh merawat jerawat dan parut serta melicinkan kulit.
- "Perfect Lady" merupakan foundation + compact powder + sunblock. Ia diperbuat dari 100% bahan mineral semula jadi yang baik untuk kulit. Perfect Lady ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit.
- Haa akhir sekali, "Perfect 5" untuk meratakan tona kulit muka dan dapat memudarkan bintik hitam.

Terima kasih Marissa Aesthetic, Rose rasa sangat berpuas hati dengan rawatan Facial di Marissa Aesthetic ni, Rose nak recommend dekat semua yang baca kat blog ni supaya anda semua cuba rawatan di sini. Memang sangat SELESA dan PUAS HATI.





Comments
Post a Comment