Rawatan Benang Kolagen Serdev:
Nampak lebih muda dari usia!


Apa itu rawatan benang serdev?

    Rawatan benang serdev merupakan rawatan yang menggunakan benang khas bagi menarik bahagian wajah yang kendur. Hasilnya wajah akan menjadi lebih tegang dan tampak jauh lebih muda dari usia asal seseorang. 

    Bagaimanapun, rawatan benang serdev tidak memerlukan masa yang panjang dan tidak memerlukan pembedahan. Ia boleh digunakan untuk mengangkat kening, pipi dan juga menegangkan kawasan rahang. Benang Kolagen ini sememangnya direka untuk pesakit yang tidak mahu pembedahan yang invasif, ia boleh mengurangkan kendur yang teruk sekitar pipi, jawline dan leher dengan lebih cepat dan kurang risiko berbanding pendekataan konvensional.

  Apakah manfaat bagi rawatan serdev?

- Mengangkat wajah kelihatan lebih muda

- Hilangkan kedutan halus pada wajah

- Meremajakan kulit wajah sehigga 10 tahun
 
- Hasil semulajadi & kekal sehingga 10 tahun

- Menegangkan kulit yang kendur 



SEBARANG PERTANYAAN BOLEH KLIK DIBAWAH


Apakah Punca Berlakunya Kulit Muka Kendur?

    Semakin hari, kulit muka semakin kendur atau kelihatan saggy kerana faktor penuaan yang berkadar terus dengan berlalunya masa. Namun, ketahuilah bahawa anda boleh mengatasi masalah kulit muka kendur atau saggy ini, bahkan dengan cara yang lebih selamat, semulajadi dan yang penting berkesan!

    Anda tidak perlu lagi bimbang kelihatan tua sebelum usia. Silap hari bulan, ramai yang akan tersilap meneka umur anda kerana kulit muka kembali tegang, tidak lalgi kendur atau saggy.

    Sebelum mengetahui cara terbaik untuk mengelakkan muka kelihatan kendur atau saggy, ada baiknya kita kenal dahulu apakah punca yang menyebabkan kulit wajah mudah menjadi kendur atau saggy.

1. UMUR
Kulit muka akan mengalami kekurangan elastisi dengan pertambahan umur seseorang dan menjadikan kulit muka kurang tegang. Ini kerana kandungan kolagen yang membentuk 30% daripada protein tubuh semakin berkurang. Kolagen ini sangat penting bagi memastikan ikatan dalam kulilt dan luar kulit kekal kuat dan lebih tegang.

2. ALAM SEKITAR YANG TERCEMAR
Alam sekitar yang tercemar bukan hanya memberikan kesan buruk kepada tumbuhan dan haiwan, tetapi malangnya ia turut memberi impak negatif kepada manusia. Radikal  bebas yang akan terhasil menjadi antara punca kolagen dalam badan semakin rosak. Sel pramatang akan terhasil dan tanda-tanda penuaan muncul, antaranya adalah kulit muka yang kendur.

3. PENDEDAHAN SINAR UV
Pendedahan terhadap sinaran UV juga boleh menyebabkan kolagen dalam badan kita termusnah. Ini menyebabkan keanjalan dan ketegangan kulit khasnya bahagian muka berkurang. Hasilnya, kulit muka menjadi kendur atau saggy dan muka tampak lebih berusia. Inilah juga yang menjadi punca mengapa mereka yang kerjanya terdedah di bawah sinaran matahari kelihatan lebih berusia berbanding mereka yang kerjanya di dalam pejabat.

4. PEMAKAIAN BAHAN KIMIA PADA KULIT 
Pemakaian bahan kimia pada produk kecantikan kulit dalam jangka masa yang panjang boleh memudaratkan kulit muka. Ini kerana bahan kimia ini boleh menghalang kulit daripada mendapat nutrien yang berkhasiat, seterusnya menjadikannya bertambah kendur. Selain itu, kulit akan lebih terdedah kepada risiko jerawat yang banyak dan meninggalkan parut yang teruk apabila berhenti menggunakan produk berkenaan. Oleh itu, sangat penting untuk pastikan bahawa pemilihan produk kecantikan kulit betul-betul dititikberatkan dan tidak terpengaruh dengan kecantikan yang hanya sementara, tetapi hakikatnya ia lebih memudaratkan.
                                                

Bagaimana Cara Mengatasi Masalah Kulit Muka Kendur?

    Penjagaan luaran dan dalaman sangat penting bagi memastikan kesan yang betul betul efektif dan optimum dapat dicapai dalam mengatasi masalah kulit kendur ini. Pengambilan nutrien pada makanan tertentu yang dapat menyokong penghasilan kolagen dan melambatkan sel-sel penuaan sangat membantu. Seterusnya, gunakan hanya produk yang berunsurkan bahan semulajadi tanpa bahan kimia berbahaya agar kulit muka tidak menjadi lebih teruk dan agar kecantikan yang berpanjagan dapat dikekalkan.





                                                


Comments

Popular Posts

RAWATAN LASER BULU ROMA MEMATIKAN AKAR RAMBUT KASAR

TENTANG MARISSA AESTHETIC