JENIS JENIS JERAWAT DAN CARA MENGATASINYA

Hai uolls, harini pika nak share jenis jenis jerawat dan cara yang tepat untuk mengatasinya. Sebab majoriti orang fikir yang jerawat ni semua sama je. Tak sama tau, setiap jerawat ada cara tersendiri untuk mengatasinya. Haa jom pika share ilmu serba sedikit pasal jerawat ni.


APA ITU JERAWAT?
Sebelum pika share jenis jenis jerawat dengan uolls, pika nak uolls memahami terlebih dahulu apa itu jerawat .

Jerawat adalah penyakit kulit tidak menular akibat penyumbatan fotikel rambut oleh kulit mati dan minyak. Folikel rambut adalah bahagian yang menghubungkan pori - pori dengan kelenjar minyak (sebasea). Jika dibiarkan, masalah kulit ini dapat memicu peradangan kulit.

Kondisi yang dikenali dalam medis sebagai Acne Vulgaris ini memiliki beberapa jenis. Selain itu, jerawat tidak hanya muncul di wajah, melainkan juga pada pundak, punggung dan dada.

Apabila tidak ditangani dengan tepat, penyakit kulit ini dapat menimbulkan bekas (bekas jerawat). Hal ini yang akan menjadi masalah baru kerana bekas jerawat lebih susah untuk hilang.



JENIS JERAWAT

1. JERAWAT BLACKHEADS

Blackheads atau komedo berwarna hitam ni sebenarnya salah satu jenis jerawat tau. Jenis yang macam ni biasanya muncul kat bahagian hidung.

Blackheads muncul sebab pori - pori tersumbat oleh minyak yang berlebihan. Sebahagian orang mungkin tak ambil peduli dengan adanya blackheads kat hidung ni sebab blackheads ni nampak biasa dan tidak ketara macam jerawat lain. Uolls kena tahu tau kalau blackheads ni dibiarkan lama kelamaan blackheads ni akan menimbulkan masalah baru lagi kat muka!

Untuk cara mengatasi blackheads ni, uolls boleh guna mouisturizer yang mengandungi kandungan asam salisilat, benzoyl dan resorsinol.

Bahan - bahan ini berguna sangat sangat untuk membunuh bakteria yang penyebab komedo, mengurangkan minyak berlebihan pada muka dan mengangkat sel kulit mati.

2. JERAWAT WHITEHEADS

Whiteheads atau komedo berwarna putih ini juga merupakan jerawat yang selalu muncul kat muka. whiteheads muncul kerana pori - pori tersumbat dan menutupi seluruh permukaan sehingga menjadi benjolan putih seperti dalam gambar.

Untuk mengatasi whiteheads ni, uolls boleh menggunakan produk yang mengandungi AHA, retinoid, benzoyl peroxide, dan asal salisilat yang berfungsi untuk mengangkat sel kulit mati, membunuh bakteria dan mengurangi peradangan pada area komedo.

3. JERAWAT PUSTULA

Jerawat pustula adalah jerawat dengan cairan nanah di dalamnya. Jerawat ini berukuran lebih besar dari komedo putih dan dikelilingi kemerahan.

Jerawat ini biasanya muncukl di area yang mudah berminyak, seperti wajah, punggung dan dada. Jerawat ini paling sering menyerang saat usia remaja.

Menurut American Academy of Dermatology, cara mengatasi jerawat pustula ini dengan sabun cuci muka yang memiliki kandungan benzoyl peroxide dan asam salisilat. 

Benzoyl peroxide berfungsi untuk membunuh bakteria penyebab jerawat dan asam salisilat untuk membersihkan sel kulit mati pada wajah.

4. JERAWAT PAPULA

Jerawat jenis papula muncul dengan bentuk benjolan di bawah permukaan kulit. Apabila jerawat ini disentuh, akan terasa nyeri. Kulit di sekitar jerawat papula ini akan kemerahan namun tidak ada nanah di puncaknya.

Jerawat papula boleh muncul kerana komedo hitam dan putih yang dibiarkan tau. Sehingga menjadi iritasi dan merosak kulit sekitarnya, kemudian berubah menjadi peradangan.

Cara mengatasi jerawat ini adalah menggunakan produk yang mengandungi asal salisilat dan benzoyl peroxide.

Selain itu, pilih produk dengan kandungan retinoid kerana boleh membantu memulihkan sel kulit yang rosak.

5. JERAWAT KISTIK 
Jenis jerawat ini biasanya kita kenal dengan nama jerawat batu. Jerawat batu biasanya berbentuk benjolan merah, cukup besar, dan keras.

Jerawat kistik ini muncul kerana penumpukan minyak dan sel kulit mati di jaringan kulit bahagian dalam. Jenis jerawat ini adalah jerawat yang parah.

Untuk mengatasi jenis jerawat ini, selain menggunakan produk yang mengandungi benzoyl peroxide dan retinoid, gunakan produk isotretinoin.

Isotretinoin merupakan ubat yang memang ditujukan untuk jerawat batu. Namun, penggunaannya harus dalam pengawasan dokter.

6. JERAWAT NODUL 

Jenis jerawat ini termasuk kedalam kondisi jerawat yang parah dan tidak boleh diubati dengan ubat bebas. Jerawat ini muncul dapat disebabkan oleh faktor keturunan dan hormon yang tidak seimbang.

Jerawat nodul berbentuk besar, keras, terasa sakit dan muncul di bawah permukaan kulit. Jenis jerawat nodul ini dapat bertahan berminggu-minggu ataupun lebih.

Jerawat ini selalu muncul pada remaja lelaki saat masa akhil baligh. Meskipun semua orang juga dapat mengalami jerawat ini.

Cara mengatasi jerawat ini adalah dengan berjumpa dokter kulit agar diberikan antibiotik dna ubat lainnya. Hal demikian kerana ubat tanpa resepsi dokter tidak dapat mengatasi masalah jerawat jenis nodul.

7. JERAWAT MEKANIKA 
Jenis jerawat mekanika ini biasanya dialami oleh para atlet. Biasanya jerawat ini juga muncul di bahagian tubuh selain wajah, seperti punggung dan dada. Jerawat ini muncul kerana adanya tekanan, suhu panas dan gesekan di suatu tempat.

Umumnya atlet menggunakan pakaian yang ketat dan berbagai perlengkapan olahraga lainnya. Pakaian yang ketat ini yang menimbulkan banyaknya keringat dan menimbulkan jerawat mekanika. 

Uols boleh mengatasi jerawat ini di rumah tau. Cara mengatasi jerawat ini adalah menggunakan produk dengan kandungan asam salisilat dan benzoyl peroxide.

Selain itu, perhatikan bahan pakaian yang kamu gunakan. Pilihlah bahan yang mudah menyerap peluh seperti kain cotton.

Jagalah kebersihan perlengkapan olahraga seperti membersihkan headbands dan topi secara berkala. 


Nah, itu pika dah share serba sedikit tentang jerawat ini. so uolls dah tau apa jenis jerawat yang uolls hadapi dan tahu cara untuk mengatasinya. 

Jerawat ni tak semestinya muncul kat muka je tau, di bahagian tubuh lain seperti punggung dan dada. Jadi, selain menggunakan ubat untuk elakkan jerawat, kebersihan diri juga penting tau!

Jum check laman web Marissa Asthetic Online Store untuk melengkapi keperluan wajah agar kulit uolls bebas dari jerawat!





 







Comments

Popular Posts

HAPUSKAN PIGMENTASI TANPA RASA SAKIT HANYA DENGAN TEKNOLOGI BARU REDLIGHT DI MARISSA

Rawatan Breast Lif