PLATELET RICH PLASMA (PRP)
RAWATAN PLATELET RICH PLASMA
Platelet-Rich Plasma (PRP) adalah suatu rawatan yang berasaskan darah manusia. Untuk mendapatkan PRP, darah diambil dari lengan pesakit dengan sukatan tertentu, kemudian diletakkan di dalam tabung khas sebelum dimasukkan ke dalam mesin Centrifuge selama 10 hingga 15 minit bagi memisahkan serum PRP berwarna kekuningan dan sel merah. Ianya juga menghasilkan lapisan plasma dengan platelet asli yang digunakan dalam kaedah rawatan PRP.
PRP ini berfungsi seperti baja dan berupaya membina sel baharu bagi menggantikan sel rosak dan membuatkan permukaan kulit lebih gebu serta anjal. Satu lagi rawatan PRP yang sedikit berbeza iaitu melalui suntikan terus ke bahagian wajah yang disasarkan. Kedua-dua teknik mempunyai kelebihan dan kekurangan.
Rawatan PLATELET RICH PLASMA (PRP) juga memberi manfaat kepada penjagaan kulit dan muka. mempunyai kelebihan untuk menumbuhkan sel baharu dan sihat, dan mengalakkan penyembuhan. Selain itu, ianya juga merangsang badan untuk menubuhkan sel baharu dan sihat, suntikan PRP juga membantu untuk :
- Menjadikan kulit lebih tegang, halus, gebu serta tona warna kulit yang sekata
- Menggalakkan pertumbuhan rambut
- Memberi rejuvenasi kepada mata yang lesu
- Membaiki kekenduran kulit, kecerahan, dan kompleksyen
- Merawat bahagian yang sensitif dan sukar dirawat
- Penyembuhan yang lebih baik dan cepat
- Meningkatkan volume wajah



Comments
Post a Comment