RAWATAN JAWLIFT
RAWATAN JAWLIFT
Apabila usia meningkat, kolagen, elastin dan lemak dalam badan akan berkurangan yang mengakibatkan muka kelihatan kendur dan berkedut. pabila usia meningkat, kolagen, elastin dan lemak dalam badan akan berkurangan yang mengakibatkan muka kelihatan kendur dan berkedut. Oleh itu kita akan menggunakan rawatan PDO.
Rawatan menegangkan muka dengan menggunakan benang PDO merupakan salah satu kaedah yang paling selamat dan berkesan untuk berbuat demikian, tanpa pembedahan. Langkah-langkah dalam prosedur menegangkan kulit menggunakan benang adalah mudah. Mula-mula, doktor anda akan memeriksa bahagian yang ingin dirawat dan menentukan arah penegangan yang diperlukan. Krim pengebas akan disapu di bahagian rawatan. Benang kemudian dibenamkan di bawah kulit menggunakan jarum yang panjang dan halus. Benang ini akan kekal selepas jarum ditarik keluar.
Insisi atau jahitan tidak diperlukan untuk prosedur ini. Kesan sampingan yang paling lazim selepas prosedur ialah lebam dan bengkak yang minima. Bukan semua pesakit akan mengalami lebam. Walau bagaimanapun, sekiranya ia berlaku, ia akan mengambil masa lebih kurang seminggu untuk reda. Secara umumnya, bengkak dialami untuk beberapa hari sahaja, dan biasanya tidak berlaku.
Rawatan PDO juga dapat memberi hasil seperti :
- Menganjalkan wajah dan leher seperti kulit pipi serta rahang
- Meremajakan kulit wajah.
- Mengurangkan kerutan pada wajah, garis senyum, kerutan pada dahi dan sudut mata.
- Mencerahkan kulit wajah
- Mengecilkan pori-pori.
- Membuat wajah menjadi tirus.
- Mengurangkan kulit berlapis di bawah dagu.



Comments
Post a Comment